INFO 3 : PAHANG DARUL MAKMUR

PAHANG ADALAH SEBUAH NEGERI YANG BESAR DISEMENANJUNG MALAYSIA.NEGERI INI JUGA TERKENAL DENGAN SEJARAH,PERGUNUNGAN,HUTAN-HUTAN DAN PANTAINYA YANG CANTIK. NEGERI INI JUGA TERDIRI DARIPADA BANYAK TEMPAT UNTUK DIKUNJUNGI SEPERTI GENTING HIGHLAND,CAMERON HIGHLAND.TEMPAT INI TERLALU RAMAI DIKUNJUNGI KERANA TEMPATNYA YANG CANTIK SERTA HIDUP DALAM BUMI HIJAU.

1. Taman Negara

taman negara pahang aktiviti menarik


Satu tempat menarik di Pahang yang cukup popular bagi mereka yang inginkan aktiviti dalam hutan yang mencabar dan berada dalam suasana hutan yang masih kekal keasliannya. Terdapat banyak pilihan chalet dan penginapan yang menawarkan aktiviti outdoor menarik untuk dilakukan seperti junggle trekkingrapid shooting, santuari kelah, menerokai gua, melawat perampungan orang asli, canopy walk dan sebagainya.

Bagi yang ingin menganjurkan acara seperti family dayteam building & kem motivasi, destinasi Taman Negara di Pahang ini perlu anda pertimbangkan untuk lawati. Sekali sekala bercuti jauh dari kawasan bandar bersama keluarga & rakan-rakan sepejabat memang satu pengalaman yang cukup menarik untuk anda rasai. Selain mengeratkan silaturahim, bolehlah menghayati keindahan alam flora fauna yang ada di sini & mempelajari betapa pentingnya penjagaan alam ini untuk keseimbangan ekosistem di negara kita. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, Taman Negara di Pahang ini merupakan destinasi yang paling menarik di Semenanjung Malaysia untuk anda mendekatkan diri dengan alam semulajadi & khazanah hutan simpan negara kita.



2. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

taman warisan gua gelangi pahang

Bagi yang suka aktiviti pengembaraan, salah satu destinasi menarik yang ada di Pahang adalah di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi yang terletak hanya 30 km dari Jerantut, Pahang. Kompleks Gua Kota Gelanggi yang berusia jutaan tahun ini mempunyai 7 buah gua utama yang terletak tidak jauh antara satu sama lain. Dahulunya gua-gua ini mewakili kota-kota lama seperti Kota Angin, Kota Gelap, Kota Tongkat & sebagainya. Kini nama ‘kota’ sudah ditukar menjadi Gua Angin, Gua Gelap, Gua Tongkat & sebagainya. Antara gua yang paling mencuri tumpuan di sini  adalah Gua Tongkat kerana anda boleh melalui gua ini dengan kereta di bawahnya. Banyak pelancong yang singgah di sini untuk sesi fotografi & ada juga penduduk setempat yang jadikan Gua Tongkat ini sebagai tempat wedding photoshoot memandangkan akses jalan raya ke sini dengan kenderaan sangat mudah tanpa perlu meredah hutan.

Bagi yang nak lebih cabaran, bolehlah menerokai gua-gua lain yang ada di sini seperti Gua Potret, Gua Angin, Gua Sanding, Gua Gajah & sebagainya. Ada gua yang perlu anda meredah hutan & ada juga gua yang perlukan sedikit pendakian. Namun, laluannya tidaklah terlalu ekstrem & sesuai untuk beginner. Percaya atau tidak, di sini juga ada formasi stalagtit & stalagmit yang sangat besar yang dipercayai berusia jutaan tahun lamanya. Paling mengujakan di sini, ketika melihat tirai gua ( cave curtain) yang bersinaran seperti permata berlian apabila disuluh dengan cahaya lampu. Tahukan anda, pembentukan untuk hanya 1 cm cave curtain memerlukan masa antara 60 tahun – 100 tahun. Satu tempat menarik di Pahang yang sangat perlu anda terokai untuk melihat sendiri keindahan gua-gua di sini yang setanding dengan gua-gua popular di Malaysia yang lain seperti gua yang ada di Borneo & juga Negeri Perlis.



3. Gua Charas Kuantan

gua charas kuantan pahang

Bagi mereka yang suka menerokai gua & melihat keunikan formasi stalagtit/stalagmit, apa kata ke Gua Charas yang hanya terletak kira-kira 40 minit dari Bandar Kuantan. Gua Charas menjadi tumpuan pengunjung bukan sahaja kerana keunikan bentuknya, malah turut menjadi kunjungan pengunjung yang beragama Buddha & Hindu. Di dalam gua ini juga terdapat beberapa patung Buddha & yang paling menjadi tumpuan pelancong adalah patung Buddha tidur. Walaupun ianya sebuah tempat suci bagi penganut Buddha & Hindu, tiada halangan untuk sesiapa sahaja yang ingin melawat ke sini bagi melihat keunikan Gua Charas.

Akses dengan kereta ke sini juga mudah & pengunjung perlu menaiki tangga untuk masuk ke pintu gua. Cabarannya tidaklah terlalu ekstrem & kemudahan fasiliti pengunjung untuk menerokai gua ini sangat terjaga memandangkan ianya sering menjadi kunjungan orang setempat untuk tujuan keagamaan Buddha & Hindu. Pada waktu tengahari, pemandangan di dalam gua ini juga sangat menarik kerana sinaran matahari yang memancar masuk menerusi lubang-lubang gua.



4. Kuantan River Cruise

kuantan river cruise menarik

Bagi mereka yang bercuti di Kuantan, salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah menyelusuri Sungai Kuantan untuk melihat keindahan kawasan sungai & juga kawasan paya laut. Lokasi jetinya hanya bersebelahan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan & boleh jalan kaki kalau menginap di hotel seperti Hotel Sentral Kuantan, The V Hotel atau Season View Hotel Kuantan. Bergantung kepada pakej yang dipilih, anda akan menyelusuri Sungai Kuantan ini dengan menaiki bot panjang yang boleh memuatkan maksimum 12 orang. Pengalaman menaiki bot laju sebegini sebenarnya terasa lebih adventure berbanding naik cruise yang besar seperti river cruise di Bandar Kuala Terengganu. Setiap pelancong disediakan life jacket untuk tujuan keselamatan & penerangan daripada pengemudi bot.

Selepas beberapa minit menaiki bot, anda akan berhenti di jeti lain &  dibawa ke kawasan hutan paya laut. Di sini, terdapat platform jalan kaki berkayu yang selamat untuk pelancong berjalan & melihat keindahan flora fauna hutan paya laut. Pelbagai tumbuhan menarik yang boleh anda lihat di sini seperti pokok bakau kurap, pokok bakau minyak, nyireh bunga & sebagainya.



5. Lata Berkoh

lata berkoh

Lata Berkoh merupakan salah satu lokasi di taman negara Pahang yang anda boleh pergi untuk merasai keindahan alam semulajadi yang menenangkan. Anda boleh ke sini dengan meredah hutan daripada Kuala Tahan ataupun nak lebih cepat, anda boleh naik bot yang menelan masa 20 minit sahaja. Biasanya orang akan naik bot kerana pengalaman menaiki bot meredah sungai yang deras ini sangat mengujakan. Akan tetapi, bot akan berhenti lebih kurang 1 km sebelum sampai ke sini kerana keadaan sungai yang berbatu. Jadi, anda perlu berjalan lebih kurang 10 minit. Kalau bawa anak-anak kecil tu kurang sesuai kerana agak mencabar sikit.

Untuk bermandi-manda di sini memang tidak digalakkan kerana arus air yang sangat deras dan laju. Memang sangat bahaya dan anda akan mudah hanyut. Kalau nak mandi sekalipun anda boleh ke kawasan yang cetek dimana air tidak terlalu deras. Berhati-hati juga dengan batu-batuan yang licin ketika pijak batu.



6. Taman Negara Sungai Relau

taman negara sungai relau

Sebagai negeri yang terkenal dengan taman negara, Taman Negara Sungai Relau memang salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi kalau nak menghirup udara segar dan melihat pelbagai flora dan fauna. Bagi pencinta alam, tempat ini memang syurga kerana ada banyak jenis flora yang anda boleh lihat. Tapi anda kena berhati-hati sikit ya masuk taman negara kerana banyak haiwan liar di sini seperti babi hutan dan ular. Pacat juga taknak kalah tau kat sini kerana memang banyak.

Di sini pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan seperti mendaki Gunung Tahan dan bermandi-manda di air terjun. Kalau anda nak mendaki lebih baik anda berkomunikasi dahulu dengan renjer hutan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Selain itu, anda juga boleh membayar khidmat juru pandu yang akan membawa anda ke Gunung Tahan selama beberapa hari. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web mereka.



7. Tasik Bera

tasik bera

Tasik Bera merupakan salah satu daripada tasik yang terkenal di negeri Pahang. Tasik air tawar ini merupakan sebuah tasik semula jadi yang menjadi rumah kepada beberapa spesis ikan air tawar seperti ikan Arowana. Ianya juga menjadi sumber hasil bumi kepada orang asli yang tinggal berhampiran tasik ini. Anda yang datang bercuti ke sini dapat melihat keindahan dan merasai sendiri ketenangan tasik yang dilindungi oleh kerajaan.

Ada beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini tau. Antaranya ialah berkayak dan meredah hutan. Memang best dapat berkayak di tasik yang luas terbentang ni. Akan tetapi, kalau anda jenis yang takut air tu, anda boleh jelah duduk tepi dan melihat pemandangan. Bagi aktiviti meredah hutan, anda tidak boleh sesuka hati meredah sendiri. Anda perlu mendapatkan pemandu yang arif tentang kawasan ini. Bukan senang tau nak meredah hutan lagi-lagi kalau anda bukan pakar.



Air Terjun Menarik

8. Air Terjun Pelangi

Air Terjun Pelangi sungai lembing pahang

Indah seperti namanya, air terjun ini akan menghasilkan pelangi kerana percikan air terjunnya yang tinggi terutamanya di antara waktu pagi sehingga ke tengahari. Memang tidak dinafikan, Air Terjun Pelangi ini memang sangat jernih & cantik. Pemandangan air terjun sebegini yang menghasilkan fenomena pelangi walaupun hari tidak hujan memang sangat unik & mungkin tiada seumpamanya di Malaysia. Namun nak datang ke kawasan Air Terjun Pelangi ini memang agak mencabar dan perlukan stamina. Untuk ke sini , pengunjung memerlukan kenderaan pacuan 4 roda kerana akan melalui jalan yang berbatu, perlu jalan kaki meredah anak sungai dan perlu mendaki kawasan rimba berbukit sebelum sampai di kawasan tadahan utama Air Terjun Pelangi.

Oleh kerana itu, lokasi air terjun ini bukannya sesuai untuk semua orang datang berkelah terutamanya mereka yang berkeluarga & ada anak-anak kecil. Bagi yang gemar mendaki, destinasi ini wajib anda terjah bersama rakan-rakan untuk melihat keindahan fenomena pelangi di air terjun ini. Perjalanan dengan kenderaan 4×4 menuju ke titik permulaan meredah hutan mengambil masa sekitar 40 minit sahaja. Seterusnya, perlu meredah hutan belantara, perlu merentasi anak sungai & juga perlu melepasi laluan berbatu yang memakan masa sekitar 30-40 minit. Pastikan anda sediakan dry shoes & wet shoes kerana laluan menuju ke Air Terjun Pelangi ini ada yang kawasan basah & ada yang kering. Kepenatan menuju ke Air Terjun Pelangi memang sangat berbayar sebaik melihat fenomena pelangi ini. Kalau tiada pelangi yang terbit apa boleh buat, mungkin bukan rezeki anda lagi.



9. Air Terjun Sungai Pandan

air terjun sungai pandan kuantan pahang

Bagi mereka yang bercuti di Bandar Kuantan, jangan lepaskan peluang untuk berkelah di air terjun yang paling popular di sini, iaitu Air Terjun Sungai Pandan. Ada juga orang setempat yang panggil air terjun ini sebagai Air Terjun Panching. Lokasinya mudah diakses dengan kenderaan & hanya memakan masa sekitar 20 minit sahaja dari Bandar Kuantan. Air Terjun Sungai Pandan memang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi perkelahan berkeluarga memandangkan kawasan tadahan utama air terjunnya tidak dalam & tidak berbatu tajam. Malah, di tebingnya juga sangat lapang seperti berada di pantai, sangat sesuai untuk hamparkan tikar & bersantai bersama keluarga sambil melihat anak-anak bersuka ria dalam air. Kalau anda bernasib baik, boleh juga melihat pelangi kecil yang terbit dari percikan-percikan air terjun di sini terutamanya pada waktu pagi.

Paling mengagumkan, kemudahan & fasiliti yang ada di Air Terjun Sungai Pandan juga sangat bagus serta terjaga baik. Antara kemudahan yang ada di sini adalah surau, tandas, titian gantung, gazebo, kawasan BBQ, laluan jalan kaki, parkir kereta yang lapang & sebagainya. Akses dari kawasan parkir kereta ke kawasan air terjun juga sangat dekat & tidak perlu nak berjalan jauh atau mendaki bukit. Satu tempat mandi manda di Kuantan yang sangat sesuai untuk perkelahan seisi keluarga bersama dengan anak-anak kecil. Aliran air terjun yang tinggi & menghempap badan ketika mandi di Sungai Pandan Waterfall ini , sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan untuk diluangkan bersama keluarga yang tersayang.



10. Air Terjun Berkelah

air terjun berkelah

Mencari lokasi untuk mandi-manda air terjun tidak sudah pun di Pahang ni kerana memang banyak. Salah satu yang anda boleh pergi adalah Air Terjun Berkelah. Air terjun ini mempunyai tujuh tingkat yang agak tinggi juga dan memerlukan anda untuk mendaki ke puncak. Ianya bakal mengambil masa melibihi satu jam pendakian mengikut kelajuan dan kelincahan anda sendiri. Ada juga yang mengambil dalam 3 jam untuk sampai ke tingkat ke tujuh. Bergantung kepada stamina serta tahap kecerdasan anda juga. Akan tetapi, penat lelah anda tu akan hilang sejurus tiba ke tingkat ketujuh kerana anda akan berasa ianya satu pencapaian yang berbaloi.

Jika anda memang niat nak datang mandi-manda main air je, tingkat satu atau dua air terjun ini sudah mencukupi. Tapi kalau anda memang suka mendaki, naiklah ke atas. Air terjun ini terletak dalam Hutan Lipur Berkelah. Oleh itu, anda kena berhati-hati serta sentiasa berwaspada ketika ingin merdah hutan ini. Lebih baik pergi bersama kumpulan serta denga orang yang berpengalaman dalam mendaki. Anda juga boleh berkhemah dan berkelah di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

INFO 1 : TEMPAT PELANCONGAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

RUJUKAN

INFO 4 : TEMPAT PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN