INFO 4 : TEMPAT PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

 


Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau dan pantai . Lazimnya , destinasi pelancongan di Terengganu seperti di pantai , pulau dan kawasan air terjun mula meriah selepas musim tengkujuh yang selalunya terjadi antara Oktober - Mac setiap tahun . 


PULAU REDANG .

Antara tempat yang terkenal ialah PULAU REDANG . Pulau Redang merupakan destinasi percutian di pulau yang top di Terengganu bahkan di Malaysia kerana mempunyai pantai dan air laut yang membiru jernih . Pelancong ke sini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk melihat keindahan terumbu-terumbu karang di sini . Di Pulau Redang juga terdapat resort dan hotel yang cantik dan sesuai sebagai destinasi berbulan madu . Perjalanan menaiki bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam 30 minit dan dari Jeti Merang pulau dalam 45 minit .




TASIK KENYIR .

TASIK KENYIR yang merupakan tasik buatan manusia ini menawarkan beberapa produk pelancongan yang menarik untuk pelancong . Hasil terbinanya Tasik Kenyir ini adalah disebabkan pembinaan Empangan Kenyir yang secara tidak langsung mewujudkan tasik serta taburan ratusan pulau-pulau kecil . Antara aktiviti menarik di sekitar Tasik Kenyir yang boleh pelancong lakukan adalah memerhati burung liar , melawat santuari gajah , junggle trekking , menerokai gua-gua , memancing , melawat santuari ikan kelah , mandi manda di Air Terjun Lasir dan bersuka ria di Kenyir Water Park . Di kalangan kaki pancing , Tasik Kenyir adalah syurga dan anda boleh menyewa rumah bot untuk ke lokasi lubuk ikan dan bermalam dalam rumah bot .




PULAU PERHENTIAN BESAR DAN PULAU PERHENTIAN KECIL .

Satu lagi destinasi pulau yang popular di Terengganu selepas Redang . PULAU PERHENTIAN BESAR dan PULAU PERHENTIAN KECIL . Kalau anda sukakan aktiviti menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang , Pulau Perhentian sangat dicadangkan untuk anda bercuti . Kemudahan penginapan seperti resort dan chalet juga banyak di sini dan untuk pengetahuan Pulau Perhentian pernah disenaraikan sebagai salah satu destinasi pantai yang tercantik di Dunia oleh CCN .




MUZIUM NEGERI TERENGGANU .
 

MUZIUM NEGERI TERENGGANU . Siapa tak kenal dengan muzium yang gah cantik ini yang juga merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara . Terdapat banyak galeri dan bilik pameran yang menceritakan pelbagai informasi tentang sejarah , kesenian dan budaya orang Terengganu . Pasti yang akan paling mencuri tumpuan anda adalah kecantikan senibina muzium ini sendiri yang sangat unik dan besar . tengok pada saiz bumbungnya dan bangunannya anda pasti terasa seperti orang kerdil yang memasuki istana Lama Melayu yang dihuni oleh orang gergasi . 




PANTAI BATU BURUK .

PANTAI BATU BURUK . Pantai rekreasi ini merupakan pantai yang paling dekat sekiranya anda berada di Bandar Kuala Terengganu . Tidak hairanlah setiap waktu petang , malam dan hujung minggu , sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak . Pantai Batu Buruk sangat mudah diakses dan mempunyai banyak kemudahan awam yang lengkap baik taman permainan kanak-kanak , foodcourt , tempat jogging , restoran , medan ikan bakar , gerai ikan celup tepung dan sebagainya . Kalau menginap di Bandar Kuala Terengganu, salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu waktu malam yang boleh anda lakukan adalah ke pantai ini untuk santai-santai sambil makan ikan bakar di beberapa restoran popular sekitarnya . 




PASAR BESAR KEDAI PAYANG .

PASAR BESAR KEDAI PAYANG . Semua produk negeri Terengganu boleh didapati di sini baik makanan seperti keropok keping , keropok sira , keropok lekor , ikan masin , serunding ataupun produk kraftangan seperti batik , songket , sutera , hasil tenunan , produk tembaga dan sebagainya . Lokasinya juga strategik berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Terengganu yang lain seperti Kampung Cina , Bukit puteri , Dataran Shahbandar , Pulau Warisan dan Bazar Warisan . Kalau anda ingin melihat telatah bahasa Terenganu oleh peniaga-peniaga tempatan , bolehlah datang ke sini dan kalau nak mudah dapat diskaun ketika tawar menawar , belajarlah sedikit loghat mudah orang Terengganu .




TEMPAT MAKAN MENARIK DI TERENGGANU DARUL IMAN .


Restoran Lempeng Rusila

Restoran Lempeng Terengganu - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Lempeng Terengganu (Restoran Lempeng Rusila)

Teringin makan lempeng tradisional? Bolehlah datang makan di Restoran Lempeng Rusila. Lempeng ataupun pancake yang dihasilkan di restoran ini sungguh enak berlemak, memang tak cukup sekeping!

Diperbuat daripada tepung, santan, isi kelapa separa muda, serta perasa  garam dan gula, rasa lempeng ini memang sedap! Kesedapannya makin menjadi-jadi bila dinikmati bersama dengan sambal ikan bilis, mengancam!

Restoran Lempeng Terengganu - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Lempeng Terengganu (Restoran Lempeng Rusila)

Walaupun diberi nama Restoran ‘Lempeng,’ menu yang ditawarkan di kedai ini sebenarnya lebih beraneka daripada tu. Anda juga patut mencuba hidangan terhangat lain yang ada iaitu nasi dagang, ketupat sotong, rojok kateh dan juga nasi minyak.

Selain ini, Restoran Lempeng Rusila turut memiliki tuak ais krim, jangan risau, sebab ini adalah tuak yang halal untuk dinikmati, bukan senang nak jumpa. Anda juga boleh menghilangkan dahaga dengan air kelapa yang segar.

Alamat: 11, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm


Kak Pah Nasi Dagang

Nasi dagang Kak Pah Batu Burok Kuala Terengganu - Gambar Restoran
Sumber: Nasi dagang Kak Pah Batu Burok

Selain keropok lekor, sajian lain yang cukup terkenal di negeri pantai timur ini adalah nasi dagangnya. Tapi persoalannya di mana kedai nasi dagang paling best di Terengganu ni?

Salah satu lokasi kedai makan yang boleh anda cuba terjah adalah Nasi dagang Kak Pah Batu Burok. Kesedapan sajian nasi dagang di kedai ini dikatakan agak mustahil untuk ditandingi kedai makan lain.

Nasi dagang Kak Pah Batu Burok Kuala Terengganu - Gambar Makanan
Sumber: Nasi dagang Kak Pah Batu Burok

Pernah menerima kunjungan daripada program TV3, Jalan-Jalan Cari Makan, nasi dagang di kedai ini terlampau hangat di pasaran sampaikan tak sampai 3 jam boleh licin semuanya. Tak nak terlepas peluang merasa? Datanglah seawal yang mungkin ya?

Selain nasi dagang, kedai makan ini turut menawarkan menu lain iaitu nasi kuning ikan tongkol, nasi kunyit dan nasi lemak.

Alamat: Jalan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 7.00 pm)


Air Buah Gelas Besar Terengganu

Air Buah Gelas Besar Terengganu - Gambar Restoran
Sumber: Ainiey Alias

Air Buah Gelas Besar Terengganu menghidangkan air yang dipanggil orang setempat sebagai air buah ‘pior’ ataupun ‘pure’ dalam bahasa Inggerisnya.

Dengan tawaran pelbagai jenis buah, anda boleh memilih untuk menggabungkan buah ini dengan buah yang lain mengikut selera. Antara gabungan yang menarik untuk dicuba adalah air buah oren + epal, buah belimbing + nanas dan anggur + kurma.

Caj yang dikenakan untuk air buah di sini adalah bergantung kepada saiz gelas iaitu sama ada kecil, sederhana ataupun besar. Kalau anda order saiz gelas yang besar, besarnya bukan biasa-biasa, boleh kenyang hanya dengan melihat saiz gelasnya.

Air Buah Gelas Besar Terengganu - Gambar Makanan
Sumber: Air Buah Gelas Besar Terengganu

Tak akanlah datang nak minum je kan, alang-alang dah sampai kedai, mestilah nak menghilangkan rasa lapar juga kan? Jangan risau, sebab kedai ini turut menyediakan menu lain seperti nasi minyak, nasi dagang, roti canai, keropok lekor dan sebagainya. Jangan terkejut, sate pun ada tau!

Alamat: Jln Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (5.00 pm – 1.00 am) | Selasa (Tutup)


TEMPAT PENGINAPAN DI TERENGGANU DARUL IMAN .

 Kijalena Beach Inn @ Kijal

KIJALENA BEACH INN

Bangun pagi nak nampak pantai? Nak tidur bertemankan bunyi ombak? Anda disarankan untuk menginap di Kijalena Beach Inn. Bangun pagi anda akan ditemani dengan matahari terbit dan petang anda akan ditemani dengan matahari terbenam. Tempat penginapan ini terletak di Kemaman, Terengganu dan hanya mengambil masa dalam 3.5 jam dari Kuala Lumpur. Lokasinya pula adalah lokasi Terengganu yang paling dekat dengan Kuala Lumpur. Jadi, jika anda berhasrat untuk bercuti di Terengganu, anda boleh memilih Kemaman sebagai destinasi pilihan anda.

Tempat penginapan ini mempunyai beberapa jenis bilik yang boleh anda pilih seperti Double Deluxe Seaview Room, Family Deluxe Room with Private Garden or Massage Chair, Family Deluxe Room, Twin Deluxe Balcony Seaview Room, Twin Standard Garden View Room, Singora Room dan Naina’s Cottage. Mendengar nama biliknya sahaja kita dah tahu. Ada beberapa bilik yang disediakan mempunyai seaview! Jadi, tidak rugi untuk anda bayar harga yang ditawarkan. Selain itu, bilik-bilik yang disediakan juga mempunyai katil yang selesa, aircond, wifi, hairdryer, coffee makers dan tv yang lengkap dengan saluran Astro. Dalam pada itu, mereka juga ada menyediakan swimming pool dan kemudahan untuk berbabeku. Seperti yang anda tahu, tempat penginapan ini sangat dekat pantai, jadi anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana. Dalam pada itu, anda juga boleh menyewa surfboards, SUP dan fishing canoe. Ini juga boleh menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga dan sesuai untuk mereka yang minat memancing dan surfing. Sehubungan dengan itu, anda wajib menginap di sini untuk rasai sendiri pengalaman yang mungkin anda tidak boleh lupakan.

Alamat: Lot 316, Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu


Chalet Su

Chalet su

Dikenali dengan nama ‘The Little Bali’, Chalet Su terletak berhadapan dengan Pantai Rusila, kira-kira 15 minit dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 5 minit dari jeti Pulau Kapas. Chalet ni ada 5 jenis bilik tau. Antara pilihan bilik yang disediakan termasuklah jenis bajet, standarddeluxefamily seaview dan superior seaview. Selain itu, persekitaran chalet ini juga agak luas dan lebih privasi berbanding dengan chalet lain yang ada di sekitar Marang. Berkenaan dengan harga, jangan risau okay? Sangat mampu milik.

Apa yang menaik lagi, chalet ni pun menyediakan kemudahan buat mereka yang menginap di situ. Antaranya, barang-barang set untuk sesi barbeku, pantri, pondok rehat dan free parking, of course! Selain permandangan air laut yang membiru dan dekorasi sekitar chalet yang mempersonakan, rata-rata pelanggan yang datang menginap di sini memuji tahap kebersihan Chalet Su yang sangat tip-top. Serba serbi cukup semua lah senang cerita. Rugi tau tak datang sini. Kalau anda nak tau lebih lagi, klik je Whatsapp di bawah!

Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu


Chalet Teratak SamuderaKita

Chalet Teratak SamuderaKita

Seronok rasanya jika dapat pergi bercuti dengan keluarga ke Terengganu dan menginap di chalet ala kampung yang mendamaikan. Kalau anda nak tahu, pengalaman ini dapat dinikmati di sebuah chalet tepi pantai, yang dikenali sebagai Chalet Teratak SamuderaKita.
Bilik chalet di sini dibuat berasaskan kayu dan hiasan dekorasinya juga bersifat kemelayuan dengan perabot dan hiasan kayu. Ruangnya juga luas. Paling penting, chalet ini sememangnya mesra keluarga dan kanak-kanak. Harga untuk satu malam pula bermula dari RM80 bergantung pada jenis chalet yang ingin anda tempah.

Nak ke pantai pula kurang dari 1 minit je berjalan kaki. Sebelum terlupa, chalet ini juga menyediakan kemudahan WiFi. Jadi mudah lah buat mereka yang nak mengakses internet. Rata-rata dari mereka yang pernah menginap di sini mengatakan yang line internet di chalet ini sangat laju. Private parking buat mereka yang menginap di chalet ini juga disediakan secara percuma. 

Alamat: Chalet Teratak SamuderaKita, Lot 2868-C, Jalan Pantai, Mengabang Telipot 21020 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

INFO 2 : TEMPAT PELANCONGAN DI MELAKA BANDAR RAYA BERSEJARAH

INFO 1 : TEMPAT PELANCONGAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

PENGENALAN TENTANG PELANCONGAN