INFO 2 : TEMPAT PELANCONGAN DI MELAKA BANDAR RAYA BERSEJARAH

 


Negeri Melaka (Jawi: ملاک) atau juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah ialah sebuah negeri di Malaysia terletak di barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka di barat bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di tenggara.[14] Ia negeri keempat terkecil di Malaysia, negeri berpendudukan kedua terkecil di Malaysia dan negeri ke-4 terpadat penduduk di Malaysia. Ibu negerinya Bandaraya Melaka.

Negeri ini mempunyai peranan bersejarah melalui kewujudan Kesultanan Melaka yang begitu berpengaruh di rantau Nusantara dan Asia Tenggara sepanjang abad ke-14 dan 15 sehingga ditakluk kuasa Portugis pada 1511. Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Serani, dan Chitty.[15]

Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage Site).

Salam Melaka Bersejarah-Jack Winters

[16] Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[17][18] Negeri ini mempunyai penduduk yang agak berpendidikan tinggi, dengan kadar literasi remaja 99.5% seperti yang dilaporkan oleh Laporan Matlamat Pembangunan Millennium 2015.[19] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[20] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[21] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[22] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[23]

Geografi

Bukit Saint Paul di Bandaraya Melaka.

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar juga termasuk dalam sempadan negeri.

Melaka merupakan antara negeri-negeri di kawasan pantai barat yang membangun di mana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar (67%) berbanding negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti JohorNegeri SembilanSelangorPerak dan Pulau Pinang.

Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya MelakaAlor GajahMasjid TanahJasinMerlimauTampin/Pulau SebangAyer Keroh dan Asahan.

Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan sepuluh buah bandar terkemuka yang lain iaitu - LisbonPortugal (19 Januari 1984)[24][25][26]Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989)[27]HoornBelanda (8 November 1989)[28]ValparaisoChile (23 June 1991)[29]Nanjing[30][31] di Wilayah Jiangsu, China (18 September 2002)[32][33]Changsha, China (2004)[34]Sawahlunto, Indonesia (8 Oktober 2004)[35]Padang Panjang, Indonesia (2006)[36], Kota Tua Jakarta, Indonesia (12 Disember 2014)[37] dan Guangdong, China (21 September 2015).[38][39]

Demografi

Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, jumlah penduduk Melaka pada tahun 2020 ialah sebanyak 998,428 orang dengan kepadatan 583 orang perkilometer persegi. Sebanyak 92.9 peratus dari jumlah penduduk adalah warganegara. Hampir 91% penduduk tinggal di kawasan bandar. Daerah Melaka Tengah mencatatkan penduduk paling ramai iaitu 60 peratus daripada keseluruhan penduduk Melaka.[40]

Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, kami telah menyusun senarai beberapa tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa merancang percutian ke Melaka nanti.

Street ART in Malacca

Sumber: @KellyTravelsAlamat: Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka

Kepada peminat seni ataupun OOTD, anda wajib ke Street Art in Malacca yang berdekatan dengan Jalan Hang Tuah. Bermula dengan River Art Project pada tahun 2012, Sebahagian lot-lot kedai di tepi Sungai Melaka kini dihiasi dengan hasil seni mural yang unik menggambarkan warisan budaya di Melaka dan kontemporari.Antara mural terkenal ialah The Orangutan House, Kiehl’s Mural, The Well dan banyak lagi. Selain dari keindahan mural yang kreatif, anda juga boleh ‘masuk’ bergambar dengan lukisan mural tersebut.

Lukisan yang dihasilkan memang terbaik kerana ia seolah-olah timbul dan hidup. Kebanyakan mural yang dihasilkan menggambarkan budaya Malaysia terutama potret gadis Melayu, Baba & Nyonya, lelaki tua yang sedang bekerja serta fauna seperti seekor kancil.Tidak hanya di jalan Hang Jebat, mural kreatif ini juga terdapat di Jalan Hang Kasturi malah sepanjang sungai Melaka, warna-warni mural ini kelihatan jelas. Untuk berkunjung ke sini, tiada bayaran yang dikenakan. Tapi, pastikan telefon dan kamera anda mempunyai memori yang besar dan bateri dicas penuh untuk simpan kenangan indah ini.

Masjid Cina Melaka

Sumber: Lensfungus

Alamat: Masjid Cina Melaka, Krubong, Melaka

Sekali pandang, memang tak terfikir bahawa bangunan ini sebenarnya adalah masjid. Gaya binaannya tidak ubah seperti bangunan tradisional Cina, tak hairanlah kenapa masjid ini digelar Masjid Cina. Kalau anda nak tahu, nama sebenar masjid ini adalah Masjid Al Muttaqin.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa masjid ini dibina dengan seni bina yang begitu unik sekalikan? Sebagai info, masjid ini telah ditubuhkan oleh Persatuan Cina Islam Melaka dengan inspirasi daripada gaya seni bina beberapa buah masjid yang terdapat di Shanghai, Xi’an dan Beijing di China.

Masjid yang didirikan dengan kos mencecah RM7.5 juta ini lengkap dengan ruang solat yang mampu menampung sehingga 2,000 orang jemaah, perpustakaan, tandas, dewan serbaguna, bilik mesyuarat dan pejabat pentadbiran.

Apa yang unik dan menariknya tentang masjid ini selain reka bentuknya adalah kerana terdapat ruang yang khas di mana diletakkan pelbagai kelengkapan dapur untuk disedekahkan kepada orang yang kurang berkemampuan.

Muzium Kapal Selam Melaka

Sumber: thatbombninjaAlamat: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka

Penuhkan cita-cita anda untuk menjadi anak kapal Submarine di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.

Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang kecil anda dapat masuk dan melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.

Melaka River Cruise

Sumber: Melaka River CruiseAlamat: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise. Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.

Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudia ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir. Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.

Jonker Walk

Sumber: arul_iamAlamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

INFO 1 : TEMPAT PELANCONGAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

PENGENALAN TENTANG PELANCONGAN