Catatan

RUJUKAN

Info 1:PERAK DARUL RIDZUAN https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama Info 2:Melaka Bandar Raya Bersejarah Melaka - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas   64 Tempat Menarik Di Melaka 2023 | Mai Singgah Info 3:Pahang https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-pahang/ Info 4: TERENGGANU DARUL IMAN https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-terengganu/ https://www.caridestinasi.com/chalet-best-sekitar-pantai-di-terengganu/ https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-kuala-terengganu/

INFO 2 : TEMPAT PELANCONGAN DI MELAKA BANDAR RAYA BERSEJARAH

Imej
  Negeri   Melaka   ( Jawi :   ‏ ملاک ‎ ‎ ) atau juga dikenali sebagai   Melaka Negeri Bersejarah   atau   Negeri  Hang Tuah   ialah sebuah   negeri   di   Malaysia   terletak di barat   Semenanjung Malaysia   menghadap   Selat Melaka   di barat bersempadankan   Negeri Sembilan   di utara dan   Johor   di tenggara. [14]   Ia negeri keempat terkecil di Malaysia, negeri berpendudukan kedua terkecil di Malaysia dan negeri ke-4 terpadat penduduk di Malaysia. Ibu negerinya   Bandaraya Melaka . Negeri ini mempunyai peranan bersejarah melalui kewujudan  Kesultanan Melaka  yang begitu berpengaruh di rantau  Nusantara  dan  Asia Tenggara  sepanjang abad ke-14 dan 15 sehingga  ditakluk  kuasa  Portugis  pada 1511. Melaka kini tidak mempunyai seorang  Sultan , sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT)  Yang di-Pertua Negeri . Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang t

INFO 4 : TEMPAT PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Imej
  Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau dan pantai . Lazimnya , destinasi pelancongan di Terengganu seperti di pantai , pulau dan kawasan air terjun mula meriah selepas musim tengkujuh yang selalunya terjadi antara Oktober - Mac setiap tahun .  PULAU REDANG . Antara tempat yang terkenal ialah PULAU REDANG . Pulau Redang merupakan destinasi percutian di pulau yang top di Terengganu bahkan di Malaysia kerana mempunyai pantai dan air laut yang membiru jernih . Pelancong ke sini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk melihat keindahan terumbu-terumbu karang di sini . Di Pulau Redang juga terdapat resort dan hotel yang cantik dan sesuai sebagai destinasi berbulan madu . Perjalanan menaiki bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam 30 minit dan dari Jeti Merang pulau dalam 45 minit . TASIK KENYIR